Hari Ini :

Friday, September 18, 2009

Sejarah Pendidikan Percuma...

Pendidikan percuma dalam sebuah Negara Kebajikan bermaksud, perkhidmatan pendidikan diberikan secara percuma daripada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi termasuk Ijazah Lanjutan.

Perkhidmatan ini juga mungkin diberikan kepada rakyat asing yang ditawarkan menuntut di negara tersebut. Bagaimanapun penyediaan perkhidmatan pendidikan percuma ini selalunya tidak termasuk sara hidup dan lain-lain keperluan hidup seseorang pelajar. Pelajar atau mahasiswa bertanggungjawab sendiri untuk menyara kehidupannya sama ada melalui pembiayaan sendiri, keluarga, penajaan atau pinjaman. Demikianlah polisi yang berkaitan dengan pendidikan percuma yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara yang berorientasikan Negara Kebajikan.

Sebenarnya pelaksanaan pendidikan percuma ini bukanlah satu perkara baru. Dalam sejarah ketamadunan Islam, pendidikan percuma ini telah diberikan dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Sebagai contoh semasa pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad, pendidikan percuma telah diberikan sehingga menjadikan kota Baghdad sebagai pusat tumpuan para penuntut ilmu dari seluruh dunia. Demikian juga dengan pemerintahan Islam di Andalus, telah memberikan pendidikan percuma sehingga ramai penuntut ilmu dari Eropah berhijrah ke sana. Sehingga hari ini masih terdapat beberapa universiti di negara-negara dunia Islam yang mewarisi pendidikan percuma ini termasuklah Universiti Al-Azhar. Beberapa sumber digunakan untuk pembiayaan pendidikan percuma ini termasuklah wakaf, zakat dan sedekah.

Pendidikan percuma diberikan oleh kerajaan sesebuah Negara Kebajikan kerana ia dilihat sebagai keperluan asasi bagi setiap rakyat. Perkembangan dasar Liberalisme yang menjadi pegangan negara-negara moden mengkehendaki kerajaan bersifat lepas tangan (Laissez Faire) bermula dalam Ekonomi kemudiannya menghakis kepada beberapa keperluan asasi rakyat seperti pendidikan. Di kebanyakan negara yang mengamalkan dasar itu, menganggap pendidikan tinggi bukanlah keperluan asasi rakyat, justeru kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk sumber pendapatan negara, malah sebagai sebagai komoditi dagangan khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme.

Di Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran dan seumpamanya. Bagaimanapun masih terdapat banyak negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi seperti negara-negara Sweden, Norway, Finland dan lain-lain di Eropah, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain dari kalangan negara pengeluar minyak, Cuba sebuah negara Sosialis serta Sri Lanka sebuah negara membangun. Hakikat ini menunjukkan bahawa pendidikan percuma ini tidak semestinya dilaksanakan hanya oleh negara-negara kaya.

Baca Lagi...

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah bersendirian dengan perempuan lain. Yang dimaksudkan dengan perempuan lain iaitu bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untu selama-selamanya seperti ibu, saudara dan sebagainya.

Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini, Rasullullah s.a.w bersabda sebgai berikut : “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-sekali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” Riwayat Ahmad.

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurtubi dalam menafsiri firman Allah s.w.t yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53 yang ertinya :
“Apabila kamu meminta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu. "

Maksudnya adalah perasaan-perasaan yang timbul dari orang lelaki terhadap orang perempuan dan perasaan orang perempuan terhadap orang lelaki. Cara seperti itu lebih mudah untuk menghilangkan perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.
Ini bererti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dala hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu, menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Halal dan Haram dalam islam oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

Baca Lagi...

Wednesday, September 16, 2009

Pergaulan Bebas

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah bersendirian dengan perempuan lain. Yang dimaksudkan dengan perempuan lain iaitu bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untu selama-selamanya seperti ibu, saudara dan sebagainya.

Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini, Rasullullah s.a.w bersabda sebgai berikut : “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-sekali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” Riwayat Ahmad.

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurtubi dalam menafsiri firman Allah s.w.t yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53 yang ertinya :
Apabila kamu meminta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu. "

Salam

Baca Lagi...